27 February, 2013

Kursus Kepimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah 2013

Pada 23 sehingga 26 Februari yang lalu, telah diadakan satu Kursus Kepimpinan bagi Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah Sekolah-sekolah Berasrama Penuh bertempat di SM Sains Kuala Selangor. Seramai 8 peserta dari SEMESRA telah menghadiri kursus ini diiringi oleh Cik Noraini binti Mohamad, Penyelaras Sistem Rumah.


Sepanjang kursus, peserta-peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti bagi memantapkan lagi ilmu kepimpinan mereka. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah Ceramah 5 Prinsip Kepimpinan, Team Building, Senam Robik serta Ceramah Kerohanian.

Peserta-peserta juga telah berpeluang untuk menjayakan Leadership Outreach Programme yang melibatkan sekolah-sekolah rendah yang berdekatan.



Diharapkan agar kursus ini telah dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada ketua-ketua rumah dan juga penolong-penolong ketua rumah SEMESRA dan semoga ilmu yang telah dipelajari akan dapat dipraktikkan dalam memimpin rumah masing-masing.