03 February, 2013

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Kali Ke-3

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Kali Ke 3 telah diadakan dengan jayanya pada 2 Februari yang lalu. Para pelajar telah mula berkumpul pada pukul 7.30 pagi bagi sesi memanaskan badan sebelum memulakan larian.



Tepat pukul 8 pagi para pelajar telah dilepaskan mengikut kategori oleh Pengetua Kanan SEMESRA Puan Hjh Norzila bt Idris.


Pada tahun ini, terdapat perubahan bagi trek merentas desa. Antara cabaran trek baru  kali ini ialah bukit yang agak curam. Namun begitu, para pelajar yang telah berjaya mengharungi cabaran ini.

Antara gambar yang sempat dirakamkan pada hari kejadian
 

Hadiah telah disediakan untuk 15 individu terbaik bagi setiap kategori dan juga johan kategori. Berikut adalah keputusan penuh kejohanan:

Johan Kategori L15 - Kelana Petra
Johan Kategori P15 - Kelana Petra
Johan Kategori L18 - Johan Pahlawan
Johan Kategori P18 - Lela Maharaja
Johan Keseluruhan - Kelana Petra

 Antara pemenang-pemenang tahun ini

 


Tahniah kepada semua pemenang-pemenang. Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya menamatkan larian mereka pada tahun ini.

0 comments: