04 January, 2013

Sesi Persekolahan 2013 bermula

Setelah bercuti selama 2 bulan, akhirnya tibalah masanya untuk para pelajar SEMESRA untuk memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2013. Para pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 4 dikehendaki untuk mendaftar masuk pada 2 Januari 2013 yang lalu di Dewan Besar Dato' Hj Azam.

Selain daripada pendaftaran kelas, kaunter-kaunter bayaran Asrama, Koperasi dan PIBG juga dibuka untuk kemudahan ibu bapa dan penjaga untuk menjelaskan bayaran persekolahan anak-anak mereka.



Pada hari pertama persekolahan telah diadakan satu perhimpunan rasmi di Dewan Besar. Pengetua Kanan dalam ucapannya mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SEMESRA. Beliau mengucapkan tahniah kepada batch Zealous atas kejayaan yang cemerlang dan berharap agar ini dapat menjadi perangsang kepada batch Eximius untuk melakar kejayaan yang lebih gemilang.

Beliau juga berharap agar seluruh warga sekolah sudah bersedia untuk menempuh sesi persekolahan yang baru. Beliau juga berharap agar prestasi baik sekolah dapat dipertingkatkan lagi pada tahun ini.

Warga SEMESRA juga telah berpeluang untuk mendengar amanat daripada En. Azali bin Hashim, Penolong Pengawai Daerah Rembau yang telah datang untuk membuat pemantauan hari pertama persekolahan. Beliau mengucapkan tahniah kepada SEMESRA kerana berjaya merekodkan keputusan yang cemerlang dalam keputusan PMR tahun lepas. Beliau percaya keputusan ini akan dapat diperbaiki pada tahun ini dengan adanya kerjasama daripada semua warga SEMESRA.




Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada seluruh warga SEMESRA. Semoga tahun ini kita akan berusaha dengan lebih baik lagi bagi memperbaiki prestasi diri dan juga sekolah, in sya Allah.