05 January, 2013

Gotong Royong Perdana Kelas

Hari ini telah diadakan satu gotong royong bagi menceriakan dan mencantikkan kelas-kelas dan bilik-bilik khas. Para pelajar telah diminta untuk berkumpul di Dataran Perhimpunan untuk taklimat ringkas sebelum bergerak ke kelas masing-masing.


Setiap kelas dengan bimbingan guru kelas telah mengemas dan menceriakan kelas masing-masing agar sesi pembelajaran dan pengajaran dapat dilakukan dengan selesa. Setiap kelas telah dihias berdasarkan kreativiti dan tema yang telah dipersetujui bersama oleh ahli-ahli kelas.


Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan gotong royong ini. Semua kelas kelihatan sangat ceria dan semoga keadaan ini akan dapat dikekalkan sehingga akhir tahun.

0 comments: