Pada 29 - 31 Disember 2012 yang lalu, telah diadakan satu Kursus Induksi Kepimpinan Pelajar bagi 62 orang pemimpin-pemimpin pelajar Tingkatan 4 dan 5.
Kursus ini diadakan bagi memantapkan lagi organisasi Lembaga Kepimpinan bagi menghadapi sesi persekolahan yang baharu ini. Para pemimpin pelajar telah diberikan taklimat mengenai disiplin, perhimpunan, penampilan diri, 3K dan sistem rumah.
Mereka juga telah menjalani bengkel Juruacara, Pembaca Doa dan Command bagi memperbaiki dan memantapkan lagi pengendalian perhimpunan pagi.
Semoga kursus ini telah dapat membantu para pemimpin pelajar Tingkatan 4 dan 5 SEMESRA dalam menjalankan tugas masing-masing di sekolah. Diharapkan organisasi ini akan terus cemerlang demi membantu melicinkan perjalanan sekolah dan asrama.