11 April, 2012

Program Kemahiran Belajar Tingkatan 1 dan 2

Pada 9 April yang lepas, Unit Bimbingan dan Kaunseling SEMESRA telah menganjurkan Program Kemahiran Belajar bagi para pelajar Tingkatan Satu dan Dua. Program ini telah diadakan di Dewan Dato' Hj Azam bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 2.30 petang.

Penceramah jemputan bagi program ini ialah Dr Abdol Aziz bin Sahat dari Akademi Bestari. Para pelajar telah didedahkan kepada:

a) Peta Minda
b) Teknik Membaca Berkesan
c) Teknik Mengingat dan Menghafal
d) Petua Ulangkaji
e) Petua Pemakanan untuk Menguatkan Minda dan makanan yang perlu dihindari
f) Tips bagaimana untuk mengatasi masalah mengantuk di kelas
g) Ciri-ciri Pelajar Cemerlang


Diharapkan agar program ini telah memberi manfaat kepada para pelajar dalam usaha menjadi pelajar-pelajar yang cemerlang. Semoga segala yang telah dipelajari akan dapat dipraktikkan oleh para pelajar terutamanya dalam persediaan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

0 comments: