16 April, 2012

Kursus Kepemimpinan Kejurulatihan PRS SBP Zon Selatan 2012

Seramai 10 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SEMESRA telah mengikuti Kursus Kepemimpinan Kejurulatihan PRS SBP Zon Selatan bertempat di SM Sains Kluang, Johor baru-baru ini. Kursus ini bermula pada 13 April sehingga 15 April 2012.


Antara pengisian kursus termasuklah Ceramah Komunikasi Berkesan serta Pengurusan Organisasi dan Kepimpinan. Manakala ceramah Kejurulatihan PRS pula telah disampaikan oleh Puan Zubaidah binti Jusoh, Guru Kaunseling SM Agama Persekutuan Labu.

Selain daripada ceramah, para pelajar juga telah berpeluang mengikuti Program Outreach. Program ini telah dijalankan sekitar sekolah rendah Daerah Kluang, Johor. Peserta-peserta kursus berpeluang untuk membantu para pelajar Tahun Enam dalam persediaan mereka menghadapi UPSR.

Selain daripada memberi bantuan akademik kepada para pelajar ini, peserta-peserta kursus juga telah berkesempatan untuk mempraktikkan segala kemahiran yang telah mereka pelajari sepanjang kursus tersebut. 

 

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mansor bin A. Aziz, Timbalan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Johor.


Diharapkan agar kursus ini telah sedikit sebanyak berjaya membantu para peserta kursus untuk memberi khidmat dengan lebih berkesan kepada para pelajar SEMESRA selepas ini demi pembangunan dan kecemerlangan bersama.