06 April, 2012

Minggu Kokurikulum 2012

Sepanjang minggu 26- 1 April yang lalu, Unit Kokurikulum telah menganjurkan  Minggu Kokurikulum bagi tahun 2012.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah Pertandingan Rekacipta Bahan Terbuang, Pertandingan Nyanyian lagu Badan Beruniform, Pertandingan Senamrobik Berirama, Program Astronomi, Pertandingan Multimedia, Perkhemahan dan sebagainya.
 
Pertandingan Senamrobik Berirama
Pertandingan Rekacipta Bahan Terbuang
Pertandingan Multimedia

Majlis Penutup bagi Minggu Kokurikulum ini telah diadakan pada 2 April bertempat di dewan Dato' Hj Azam. Majlis ini telah dirasmikan oleh DSP Mizan bin Md Dom, Ketua Polis Rembau.

Beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar atas penyertaan sepanjang Minggu Koku berjalan. Beliau percaya para pelajar telah dapat belajar sedikit sebanyak mengenai kepimpinan sepanjang melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Beliau seterusnya berharap agar para pelajar SEMESRA akan terus cemerlang di dalam apa jua bidang yang diceburi.

Hadiah-hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan telah disampaikan oleh DSP Mizan. Unit Beruniform Bulan Sabit Merah telah muncul juara keseluruhan bagi Minggu Kokurikulum 2012.


Tahniah diucapkan kepada BSM. Tidak lupa juga kepada semua pelajar yang telah terlibat dengan Minggu Kokurikulum pada tahun ini. Semoga dengan adanya minggu sebegini dapat membantu menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan berkepimpinan.