12 April, 2012

Program Kajian Kecemerlangan SPM

Pada 1 sehingga 8 April yang lepas, seramai 10 pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Tun Abdul Razak, Pekan Pahang telah datang ke SEMESRA untuk mengikuti Program Kajian Kecemerlangan SPM.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam proses pembelajaran yang efektif untuk mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan SPM kelak. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta program Young Tutor.

Satu majlis ringkas telah diadakan pada hari terakhir mereka di bumi SEMESRA sebagai ucapan terima kasih atas kesudian mereka untuk bersama-sama bertukar fikiran dan pandangan dengan warga sekolah ini.




Semoga program ini telah dapat memberi idea dan pandangan yang bernas kepada kedua-dua pihak dalam usaha mencapai kecemerlangan yang lebih baik dalam bidang akademik.