17 April, 2012

Lawatan Penanda Aras Kecemerlangan Akademik

Semalam, SEMESRA telah menerima kunjungan daripada SMKA Sharifah Rodziah, Melaka bagi Program Lawatan Penanda Aras Kecemerlangan Akademik.


Seramai 40 orang guru dan staf dari sekolah berkenaan terlibat dalam program ini bersama dengan semua ketua panitia dan barisan pengurusan SEMESRA.

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran akademik terutamanya Sains Tulen. Ia juga bertujuan untuk menjalin rangkaian hubungan dua hala yang berterusan antara kedua-dua sekolah.


Program dimulakan dengan taklimat kedua-dua Pengetua Kanan SEMESRA dan SMKA Sharifah Rodziah. Kemudian ia diteruskan dengan sesi menandatangani surat jalinan hubungan dua hala antara kedua-dua sekolah.



Selepas penyampaian cenderahati, guru-guru telah berpecah mengikut panitia masing-masing untuk sesi perbincangan mengikut panitia. Kesempatan ini telah digunakan oleh para guru untuk bertukar-tukar fikiran untuk memperbaiki dan mencemerlangkan panitia masing-masing.

perbincangan mengikut panitia

Terima kasih diucapkan kepada rombongan SMKA Sharifah Rodziah atas kunjungan ini. Semoga kedua-dua sekolah akan dapat sama-sama bekerjasama demi kecemerlangan akademik sekolah masing-masing.

bergambar kenangan