13 April, 2017

Running Maths Peringkat Negeri 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan Running Maths SEMESRA kerana berjaya menjadi johan dalam pertandingan Running Maths Peringkat Negeri yang telah diadakan pada 13 April di Dewan Pusat Islamiah Seremban.


Daripada 8 orang pelajar SEMESRA, 4 pelajar telah berjaya mendapat pingat iaitu Gan Sin Yee, Khairilanwar, Imran Afiq dan Muhammad Amien.

Tahniah diucapkan atas kejayaan yang sangat cemerlang ini. Semoga pasukan Maths SEMESRA akan terus mencapai kejayaan yang gemilang dalam pertandingan-pertandingan yang disertai.