12 April, 2017

Debat Persahabatan Bersama SMAP Kajang

Pada 7 April yang lalu, pasukan debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah berkesempatan untuk mengadakan debat persahabatan bersama SMAP Kajang. Debat ini diadakan sebagai persediaan kedua-dua sekolah bagi menghadapi Hari Kecemerlangan Sekolah-sekolah Berasrama Penuh yang akan diadakan di SM Sains Banting pada 20 - 25 Mei nanti.
 
 
 

Terima kasih diucapkan kepada SMAP Kajang yang sudi menerima kunjungan SEMESRA walaupun sedang sibuk membuat persediaan Majlis Anugerah Cemerlang mereka. Semoga debat persahabatan ini akan membantu kedua-dua sekolah untuk memberikan persembahan yang cemerlang pada bulan Mei nanti.

0 comments: