14 April, 2017

Majlis Graduasi SPM 2016

Majlis Graduasi SPM 2016 telah diadakan pada hari ini Jumaat bersamaan 14 April di Dewan Dato' Haji Azam. Pada kali ini, SEMESRA telah berpeluang untuk menjemput Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan sebagai tetamu kehormat majlis ini.

Ketibaan Dato' Seri telah disambut oleh Puan Pengetua Hajah Norzila binti Idris bersama tetamu-tetamu yang lain.


Dalam ucapan alu-aluan, Puan Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Dato' Seri untuk hadir ke majlis graduasi ini. Puan Pengetua juga mengucapkan terima kasih atas sokongan dan keprihatinan Dato' Seri terhadap keperluan sekolah demi kemajuan pendidikan anak-anak Negeri Sembilan.

Seterusnya giliran Menteri Besar Negeri Sembilan untuk memberikan ucapan. Dalam ucapan, beliau berharap agar anak-anak pelajar akan terus berusaha untuk menimba ilmu agar dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat seterusnya negara. Beliau berharap agar anak-anak SEMESRA akan menjadi anak-anak yang bukan sahaja bijak pandai malahan mempunyai jiwa dan semangat untuk sama-sama membangunkan negara.


Sebelum mengakhiri ucapan, Dato' Seri telah mengumumkan akan pemberian sumbangan sebanyak RM50 ribu kepada pihak sekolah untuk memperingkatkan lagi mutu akademik pelajar-pelajar.

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar lepasan SPM 2016. Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2016 telah diberikan kepada Abdul Rahman bin Mohd Amin manakala Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM 2016 telah diberikan kepada Muhammad Hakemy bin Bujang.

Tahniah diucapkan kepada semua graduan SPM 2016. Anda sudah pun berjaya menamatkan persekolahan anda. Semoga anda semua akan terus berjaya di peringkat seterusnya. Warga SEMESRA mendoakan agar kejayaan akan terus mengiringi batch Prodigy Cycle 2.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan atas kesudian menghadiri majlis ini serta memberi sumbangan kepada pihak sekolah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu kelancaran perjalanan majlis ini.

Photo credit: 6 gambar diambil daripada Facebook Rasmi YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan