08 April, 2017

Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia

Jumaat lalu telah diadakan Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia di dataran perhimpunan oleh Pengetua SEMESRA Pn Norzila binti Idris.

Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan diadakan bermula Isnin hadapan bagi menggalakkan pembacaan dalam kalangan pelajar-pelajar SEMESRA.




Diharapkan agar kempen ini akan dapat menambahkan rasa cinta pelajar terhadap ilmu seterusnya meningkatkan mutu pembacaan mereka.