30 April, 2017

Hari Terbuka Asrama SEMESRA 2017

Hari Terbuka Asrama SEMESRA disambut meriah pada Sabtu bersamaan 29 April yang lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil PIBG iaitu Encik Zainuddin bin Zainol.


Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan untuk menarik minat pengunjung-pengunjung. Selain daripada aktiviti jualan dan lawatan ke asrama, aktiviti-aktiviti pameran juga telah disediakan. Pada tahun ini, pengunjung-pengunjung berpeluang untuk melihat pameran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta pameran ular. Pertandingan karaoke juga telah berjaya menarik minat pengunjung-pengunjung kali ini.


Hadiah kepada pemenang-pemenang bagi pertandingan-pertandingan yang diadakan sempena Hari Terbuka Asrama juga telah disampaikan.


Tahniah diucapkan kepada kamar-kamar yang telah berjaya memenangi hadiah Kamar Tercantik. Tahniah diucapkan kepada Akhirul Zaman yang telah berjaya menggondol Rumah Terbaik bagi Aspura dan tahniah diucapkan kepada Lela Maharaja kerana menjadi Rumah Terbaik bagi Aspuri.

Terima kasih atas sokongan semua pihak dalam menjayakan acara tahunan SEMESRA ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua guru, pelajar, ibu bapa dan staf atas kerjasama dan usaha menjayakan Hari Terbuka Asrama SEMESRA pada tahun ini.