09 April, 2017

Perkhemahan Kadet Bomba Daerah Rembau 2017

Perkhemahan Kadet Bomba Daerah Rembau telah diadakan di Pusat Transformasi PPD Rembau baru-baru ini. Seramai 20 ahli kadet bomba SEMESRA telah mengambil bahagian.

 

Bagi kawad kering, pasukan kadet bomba SEMESRA telah berjaya menjadi Johan manakala pasukan Kadet Challenge Lelaki juga telah berjaya menjadi Johan.

Untuk pengetahuan semua, seramai 10 ahli kadet bomba SEMESRA telah terpilih mewakili Rembau ke Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 19 dan 20 April nanti.

Tahniah dan syabas atas kejayaan cemerlang ini. Semoga kadet bomba terus menempa nama di peringkat negeri nanti.

0 comments: