05 May, 2011

Pertandingan Saintis Muda 2011

Pada 4 Mei yang lalu, bertempat di SMK Panchor Seremban telah diadakan Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Sembilan 2011. Pelbagai pertandingan telah diadakan di peringkat sekolah rendah dan juga menengah seperti pertandingan Saintis Muda, Teknologi Pelancaran Roket dan sebagainya.

Di dalam Pertandingan Saintis Muda, SEMESRA telah diwakili oleh Nur Syafiqa Balqis bt Md Din dan Nur Aishah bt Mokhtar dari tingkatan 3 Bandura. Terdapat 51 sekolah yang bertanding dan kesemua para peserta pertandingan ini telah dikuarantinkan sebelum pertandingan bermula.

Untuk pertandingan ini, para peserta dikehendaki menjalankan eksperimen dan menjawab soalan yang dikemukakan dalam masa 10-15 minit. Para pelajar terpaksa melalui 3 stesen di dalam makmal dan 2 stesen di luar makmal.

Alhamdulillah, pelajar-pelajar SEMESRA telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan ini. Berikut adalah keputusan pertandingan:

Johan: SMK Bandar Baru Serting
N. Johan: SEMESRA
Ketiga: Kolej Tunku Kurshiah



peserta SEMESRA dengan pingat kemenangan mereka

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta. Diharapkan agar kejayaan ini akan dapat diperbaiki pada tahun hadapan.

2 comments:

iamordinarygirl said...

salam ckg..boleh x sy nk tau apakah tips2 untuk berjaya dalam saintis muda?

semesra said...

Untuk berjaya dalam saintis muda kenalah berani dan yang paling penting mempunyai ilmu dalam sains