02 January, 2011

Sesi Persekolahan 2011 Bermula

Setelah berakhirnya cuti persekolahan, kini tibalah masanya untuk para pelajar SEMESRA untuk kembali ke sekolah bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2011.



Perkarangan SEMESRA mulai sibuk seawal pukul 12 tengahari apabila ibubapa mula memandu masuk untuk menghantar anak-anak mereka.

Setelah tiba, para pelajar dikendaki untuk menyemak nama mereka di senarai kelas-kelas yang telah pun ditampalkan di papan kenyataan. Selepas menyemak nama mereka, seterusnya para pelajar bergerak ke kelas masing-masing bagi urusan pembayaran yuran.


Selepas urusan di kelas selesai, mereka bergerak pula ke asrama untuk pendaftaran masuk ke kamar-kamar yang telah ditetapkan.

Selamat pulang ke SEMESRA kepada semua para pelajar. Semoga sesi persekolahan 2011 ini akan menyaksikan terlakarnya kejayaan-kejayaan yang lebih gemilang untuk kita semua.