28 January, 2011

Kejohanan Merentas Desa Kali Pertama

Semalam, SEMESRA telah berjaya menganjurkan Kejohanan Merentas Desa untuk julung kalinya. Bersesuaian dengan tema 'Satu Murid Satu Sukan', kejohanan ini telah melibatkan semua para pelajar kecuali para pelajar yang mempunyai masalah kesihatan.

para pelajar berkumpul sebelum dilepaskan

Para pelajar telah dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Lelaki 18, Perempuan 18, Lelaki 15 dan juga Perempuan 15. Tepat pada pukul 3 petang, para pelajar telah dilepaskan oleh Tn. Haji Baharudin Husin, Penolong Kanan SEMESRA.

Walaupun para pelajar terpaksa berlari didalam hujan, mereka masih lagi kelihatan bersemangat untuk meneruskan larian mereka dalam usaha mengumpul mata bagi rumah masing-masing.



Sepanjang larian, para pelajar dikehendaki untuk melalui beberapa check points dimana mereka telah diberi gelung getah berwarna sebagai bukti.


check point


garisan penamat

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan sebaik sahaja semua peserta sampai digarisan penamat. Majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj Baharudin Husin, Penolong Kanan SEMESRA dan En. Zaili Azmi b. Mustafa Alfandi, Penolong Kanan Ko-Kurikulum SEMESRA.



Senarai pemenang bagi Kejohanan Merentas Desa Kali Pertama adalah seperti berikut:

Johan Kategori L18: Akhirul Zaman
Johan Kategori P18: Kelana Petra
Johan Kategori L15: Johan Pahlawan
Johan Kategori P15: Kelana Petra
Johan Keseluruhan: Kelana Petra

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Bagi yang kurang bernasib baik, cuba lagi di tahun hadapan.