12 January, 2011

Mesyuarat Agung Badan Beruniform

Pada hari ini telah dijalankan Mesyuarat Agung bagi Badan-badan Beruniform di SEMESRA. Sebelum para pelajar dibenarkan ke kelas-kelas yang telah ditetapkan, mereka dikehendaki untuk berkumpul di dataran perhimpunan.


Perjumpaan ini bermula pada pukul 3.30 petang dan dikendalikan oleh Badan Beruniform Pandu Puteri.


Selepas lagu Negaraku dan penerangan ringkas dari Cik Suriawati bt. Jani, Setiausaha Kokurikulum SEMESRA, para pelajar bergerak ke kelas-kelas untuk perjumpaan pertama mereka.


Pada pertemuan pertama ini, para pelajar dikehendaki untuk memilih Presiden serta AJK-AJK masing-masing bagi tahun 2011. Terdapat sebanyak 7 unit beruniform di sekolah ini dan setiap pelajar adalah diwajibkan untuk menyertai satu badan beruniform.



Pandu Puteri


Kadet Polis

Mesyuarat Agung selesai pada pukul 4.30 petang.