03 January, 2017

Selamat Kembali ke Sekolah!

Pada 2 Januari 2017, pelajar-pelajar SEMESRA telah mendaftar masuk bagi memulakan penggal persekolahan yang baharu bagi tahun 2017.

Selain pendaftaran masuk, ibu bapa pelajar juga mengambil kesempatan ini untuk membayar sumbangan kepada sekolah.


Perhimpunan pertama sekolah telah diadakan di Dewan Dato' Hj Azam. Pada kesempatan ini, Puan Pengetua Pn Hjh Norzila telah memperkenalkan guru-guru yang baharu serta membacakan senarai nama guru yang telah berpindah. Beliau juga mengumumkan persaraan Pn Hjh Rapieh dan tempat beliau telah digantikan oleh Puan Sabariah bt Samad sebagai GKMP Vokasional dan Teknik.

Puan Pengetua juga mengucapkan tahniah kepada 14 orang pelajar yang telah mendapat 10A dalam PT3 2016. Dalam ucapan pertama beliau, beliau meletakkan harapan agar semua pelajar dapat melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dengan baik supaya kejayaan cemerlang dapat diperoleh.

 
 
 

Selamat kembali semula ke sekolah diucapkan kepada semua warga SEMESRA. Semoga kita akan terus melakar kejayaan gemilang pada tahun 2017 ini.

0 comments: