19 January, 2017

Lawatan SMP Negeri 1 Padang, Indonesia

SEMESRA telah menerima kunjungan daripada sekolah SMP Negeri 1 Padang, Indonesia baru-baru ini. Delegasi dari SMP Negeri 1 telah tiba di SEMESRA pada 16 Januari dan disambut oleh pihak pengurusan, warden dan pemimpin-pemimpin pelajar.

Lawatan ini diadakan sebagai sebahagian program pengantarabangsaan bagi kedua-dua sekolah. Delegasi berada di SEMESRA bermula 16 - 19 Januari dan pelbagai acara telah diatur untuk mereka.


Pada hari kedua dan ketiga, pelajar-pelajar 3C dan 3D dan juga pelaja-pelajar Padang telah berpeluang untuk mengikuti sesi perkongsian ilmu dalam 4 mata pelajaran terpilih iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.



 
 
 


Pada malam Khamis telah diadakan Malam Kebudayaan sempena lawatan ini. Selain daripada persembahan dari kedua-dua sekolah, perjanjian MOU juga telah diperbaharui oleh wakil kedua-dua sekolah.


Delegasi Padang bertolak pulang pada pagi Khamis. Sebelum pulang, wakil sekolah SMP Negeri 1 telah sudi menyumbang dua pohon pokok untuk ditanam di SEMESRA sebagai simbolik ikatan dan jalinan antara dua sekolah.

 
 

Terima kasih diucapkan kepada delegasi daripada SMP Negeri 1 Padang atas kesudiaan mengunjungi SEMESRA. Semoga persahabatan dan ikatan antara dua sekolah akan terus utuh demi kecemerlangan pelajar-pelajar kedua-dua sekolah.