Pada 16 -19 Januari yang lalu, dua orang pelajar SEMESRA iaitu Khairilanwar bin Kamarudin dan Muhammad Amein bin Manap telah terpilih untuk menghadiri Kursus Kepimpinan 'Nurturing Young Leaders' yang dianjurkan oleh BSBPSK dengan kerjasama Yayasan Tenaga Nasional.
Kursus ini telah diadakan di Residen Hotel, Uniten dan disertai oleh kesemua 68 sekolah-sekolah berasrama penuh di Malaysia. Ia diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang peluang dan kerjaya yang berkaitan dengan kejuruteraan.
Diharapkan agar pendedahan yang diberikan sepanjang kursus berlangsung akan dapat membantu peserta-peserta untuk membuat keputusan yang tepat dalam pemilihan bidang pengkhususan dan kerjaya pada masa hadapan. Diharapkan juga ilmu yang diperolehi dapat disebar luas kepada rakan-rakan yang lain terutamanya kepada mereka yang berminat dalam bidang kejuruteraan.