04 January, 2014

Taklimat Kokurikulum 2014

Satu taklimat Kokurikulum telah disampaikan oleh Penolong Kanan Ko-kurikulum SEMESRA, En. Zaili Azmi di Dewan Dato' Hj Azam semalam.

Para pelajar telah diberi maklumat mengenai dasar kokurikulum SEMESRA serta maklumat terkini mengenai senarai persatuan dan kelab serta badan uniform yang ditawarkan pada tahun ini.


Di akhir taklimat, Encik Zaili berharap agar para pelajar SEMESRA akan bergerak lebih aktif pada tahun ini agar kecemerlangan SEMESRA dalam kokurikulum akan terus dapat dipertingkatkan.