03 January, 2014

Taklimat Disiplin

Satu taklimat disiplin telah diadakan pada Khamis petang yang lalu di Dewan Dato' Azam bermula pukul 3.30 petang. Taklimat ini telah disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tn. Hj Azman bin Awang.



Dalam taklimat ini, para pelajar telah diingatkan sekali lagi tentang peraturan-peraturan sekolah yang perlu diikuti oleh setiap pelajar. Para pelajar juga telah diminta untuk merujuk kepada buku disiplin sekolah yang telah diedarkan agar mereka jelas akan segala peraturan dan hukuman jika bersabit kesalahan disiplin.

 

Dengan adanya taklimat ini, diharapkan para pelajar akan menjadi lebih peka terhadap peraturan-peraturan sekolah. Semoga pelajar-pelajar SEMESRA akan lebih berdisiplin pada tahun ini demi kecemerlangan diri.

0 comments: