02 January, 2014

Selamat Datang 2014 dan Selamat Kembali Warga SEMESRA

SEMESRA kembali sibuk apabila warga SEMESRA Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 kembali mendaftar pada 1 Januari yang lalu.

Seperti tahun-tahun lepas, para pelajar tiba mendaftar bersama ibu bapa mereka di kaunter-kaunter kelas yang telah disediakan. Selepas pembayaran yuran koperasi dan asrama, para pelajar kemudiannya dibenarkan untuk ke asrama bagi menyimpan dan mengemas barang masing-masing.


Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada para pelajar SEMESRA. Diharapkan anda semua telah bersedia untuk menempuh sesi persekolahan bagi tahun 2014.

0 comments: