03 September, 2011

Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan

Pada 22 Ogos yang lalu, telah diadakan satu Majlis Khatam Al-Quran di Surau SEMESRA. Majlis ini juga dibuat serentak dengan Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan memandangkan ia merupakan hari terakhir warga SEMESRA bersekolah sebelum cuti Raya Aidilfitri bermula.

Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan persembahan marhaban daripada ahli-ahli Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) SEMESRA.




Selepas itu, tetamu khas iaitu Ustaz Hafizi dari Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan telah sudi menyampaikan satu ceramah ringkas bersempena dengan majlis yang diadakan ini.



Kemudiannya,Ustaz Nadzarul Amir telah mengetuai para pelajar BADAR untuk acara khatam Al-Quran.


Sebaik sahaja majlis ini selesai, Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan pula bermula. Ucapan perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Pengetua Hjh Norzila bt Hj Idris.

Selepas ucapan tibalah masanya untuk Penyampaian Saham Akhirat dan Cenderamata. Sedikit bantuan dan sumbangan telah disampaikan kepada para pelajar SEMESRA yang kurang berkemampuan agar Hari Raya mereka akan menjadi lebih ceria.





Sebelum majlis bersurai, seluruh warga SEMESRA mengambil kesempatan untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sempena kedatangan bulan Syawal ini.



Dikesempatan ini diucapkan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN dari seluruh warga sekolah kepada semua ibubapa, penjaga serta pembaca-pembaca blog ini.