28 September, 2011

Kem Jati Diri Tingkatan 4

Pada 23 - 25 September yang lalu, para pelajar Tingkatan 4 telah menyertai satu perkhemahan di Kem Lambaian Danau, Melaka. Kem ini diadakan bertujuan untuk membentuk jati diri para pelajar sebagai sebahagian persiapan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan terutamanya sebagai seorang pelajar.

Pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kem ini berlangsung. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja mencabar minda mereka tetapi juga ketahanan fizikal para pelajar.





antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang kem

Dalam ucapannya, Puan Pengetua berharap agar segala aktiviti yang dijalankan oleh para pelajar akan dapat membantu para pelajar untuk membina jati diri yang baru dalam menjadi insan yang cemerlang. Beliau juga berharap agar ilmu yang diterima akan dapat digunakan dengan baik terutamanya dalam memberi sumbangan kepada pihak sekolah.



Tahniah kepada para pelajar Tingkatan 4 yang telah berjaya mengharungi segala cabaran dan halangan yang diberikan sepanjang perkhemahan ini. Semoga anda akan menjadi pelajar yang lebih cemerlang selepas ini.