17 September, 2011

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia

Pada malam 15 September yang lalu, telah diadakan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Majlis ini bermula sebaik sahaja ketibaan Pengetua dan Guru Penolong Kanan SEMESRA di Dewan Dato' Azam.

Selepas lagu Negaraku dinyanyikan, perutusan kemerdekan telah dibacakan oleh Penolong Kanan Tn Hj. Baharudin bin Husin. Pengetua Kanan SEMESRA kemudiannya dijemput untuk menyampaikan ucapan seterusnya menutup sambutan bulan Kemerdekaan pada tahun ini.

Kemudian, para pemenang pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sepanjang bulan Kemerdekaan ini mengambil giliran untuk mempersembahkan persembahan mereka. Antara yang dipersembahkan termasuklah nyanyian lagu patriotik, deklamasi puisi, sketsa, koir dan lain-lain.




antara persembahan menarik malam itu

Selepas persembahan multimedia, semua hadirin yang hadir diminta untuk berdiri untuk laungan kemerdekaan dengan diketuai oleh Encik Mohd Saufi bin Othman. Sebelum majlis bersurai, seluruh warga SEMESRA telah sama-sama menyanyikan lagu kemerdekaan.



laungan kemerdekaan

Tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program sambutan kemerdekaan ini. Diharapkan agar sambutan pada tahun ini dapat menyemarakkan lagi semangat kecintaan para warga SEMESRA terhadap tanahair tercinta, Malaysia.