02 May, 2012

Wakaf Sumbangan Valedictorians


Terima kasih diucapkan kepada Valedictorians atas sumbangan 2 wakaf yang masih dalam proses pembinaan sekarang ini.

Untuk makluman semua, Persatuan Ibu Bapa Guru  adalah dalam rangka untuk membina 20 wakaf sebegini di kawasan sekitar sekolah demi kemudahan bersama guru, ibu bapa dan pelajar. 

Kos pembinaan wakaf ini adalah sebanyak RM 5300 seunit. Bagi mana-mana ibu bapa yang ingin memberi sumbangan bagi pembinaan wakaf ini, ia boleh dibuat mengikut kemampuan individu/ syarikat melalui cek atas nama “PIBG Sek Men Sains Rembau” (CIMB: 05010000225104). Jika ada pertanyaan berhubung wakaf ini, bolehlah berhubung terus dengan Cik Huszaifah, Bendahari Kehormat PIBG di talian 012-3958295.

Semoga matlamat pembinaan 20 wakaf ini akan tercapai pada tahun ini demi keselesaan warga SEMESRA bersama.

1 comments:

musyahir said...

kalau 1 murid dapat sumbang RM100.00,then dah dapat kumpul almost RM 80,000.00. cukup la utk bina lagi 15 wakaf. Tak teringat nak usul masa mesyuarat PIBG baru-baru ni..maklumla dah lapar sangat waktu tu..