02 March, 2010

Setiap Program perlu perancangan awal - Pengetua

Assalamualaikum .. salam sejahtera

pada minggu lepas telah berlangsung majlis sambutan maulidurrasul SAW diperingkat sekolah. Walaupun disambut secara sederhana namum ianya cukup memberikan manfaat kepada semua pihak. Dalam majlis tersebut terdapat banyak pengajaran yang dapat diambil khususnya dalam sirah perjuangan rasululullah SAW sepertimana perancangan yang dilakukan oleh Baginda SAW dalam mengembangkan dakwah dan risalah Allah SWT.

Dalam ucapan perasmian, Dato' Pengetua mengingatkan bahawa setiap langkah yang dilaksanakan oleh baginda SAW banyak dilaksanakan mengikut perancangan khususnya perancangan Allah SWT. Manusia juga perlu merancang kehidupan mereka bagi memastikan mereka mampu untuk meneruskan kehidupan dengan baik dan tenang.

sesungguhnya manusia merancang dan Allah turut merancang. tetapi sebenarnya perancangan Allahlah yang paling tepat dan berjaya. Sewajarnya bersempena dengan sambutan yang dilaksanakan pada tahun ini bertemakan "Memupuk Ukhuwah Memperkasa Ummah" dijadikan sandaran dalam menjana kecemerlangan didunia dan akhirat pada masa akan datang.