15 March, 2010

Liputan dari Sains Muar Sempena Hari Kecemerlangan SBP Zon Selatan

Pertandingan bahas Bahasa Melayu untuk sesi 1 telah diadakan pada 12 hb mac 2010 jam 9.25 malam. Enam pertandingan dijalankan serentak yang disertai oleh 12 kumpulan. Pertandingan Bahas Bahasa Melayu antara SMSJ dengan SDAR telah dimenangi oleh SDAR.
Manakala pertandingan Bahas Bahasa Melayu SMS Rembau dengan SAKTI dan telah dimenangi oleh SAKTI. KTK turut berjaya dalam pertandingan bahas Bahasa Melayu setelah menewaskan STJ.

Seterusnya bagi pertandingan bahas antara MOZAC dengan SMAP Labu telah dimenangi oleh pasukan SMAP Labu.. Bagi pertandingan bahas Bahasa Melayu antara STF dan SBPI Selandar telah dimenangi oleh STF dan akhir sekali bagi petandingan bahas Bahasa antara SMSSI dengan SBPI Jempol dan dimenangi oleh SBPI Jempol.

Bagi pertandingan bahas Bahasa Inggeris untuk sesi 1 juga telah diadakan pada 12 hb mac 2010 jam 9.25 malam. Enam pertandingan dijalankan serentak yang disertai oleh 12 kumpulan. Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris antara SMSJ dengan MOZAC telah dimenangi oleh SMSJ. 
 
Manakala pertandingan Bahas Bahasa Inggeris antara SDAR dan SAKTI telah dimenangi oleh SDAR. STF turut Berjaya dalam pertandingan bahas Bahasa Inggeris setelah menewaskan SASER. Seterusnya bagi pertandingan bahas antara SMAP Labu dan TKC telah dimenangi oleh TKC.

Bagi pertandingan bahas Bahasa Inggeris antara SBPI Selandar dengan SBP I Jempol, dimenangi oleh SBPI Selandar dan akhir sekali bagi petandingan bahas Bahasa Inggeris antara SMS Rembau dengan STJ dimenangi oleh SMS Rembau.