06 March, 2010

Lakaran Sejarah di bumi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas

assalamualaikum .. salam sejahtera

Sekolah Menengah Sains Rembau kini mula mengatur langkah kecemerlangan apabila meraih johan khat peringkat sekolah menengah dalam pertandingan khat sempena karnival pusat sumber sekolah menengah kebangsaan agama pedas. Penyertaan yang julungkalinya ini melakarkan sejarah baru yang mana acara ini sebelum ini dimonopoli oleh peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas. Selain itu Semesra turut memenangi tempat kedua acara sajak dan bercerita peringkat sekolah menengah.

Bagi acara street soccer pula, Skuad Semesra terkandas di pusingan kedua apabila tewas 3-1 kepada pasukan dari sekolah menengah agama pedas sendiri.Manakala acara-acara yang lain seperti mencipta kulit buku dan sebagainya masih belum dapat mencipta kejayaan. Semoga dengan kejayaan sulung yang dicipta akan membakar semangat juang para pelajar Sekolah Menengah Sains Rembau untuk mencipta kejayaan dan kecemerlangan pada masa akan datang. Syabas diucapkan

1 comments:

CikSembang said...

Syabas Semesra.. semoga semua guru dan anak2 mendapat cemerlang didunia dan akhirat