27 March, 2010

Kursus Ketua Rumah SBP

26hb Mac -Seramai 8 orang pelajar dari Sekolah Menengah Sains Rembau telah dihantar untuk menyertai kursus ketua rumah dan penolong ketua rumah atau KESUMA yang bertempat di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah,Bukit Katil Melaka. Pelajar-pelajar tersebut yang mewakili 4 Rumah iaitu rumah Akhirul Zaman (Merah), Rumah Johan Pahlawan ( Hijau), Rumah Kelana Petra (biru) dan Rumah Lela Maharaja( Kuning).

Didalam kursus tersebut, mereka akan didedahkan dengan maklumat berkaitan sistem rumah yang dilaksanakan di sekolah berasrama penuh (SBP) dan bidang tugas yang perlu dilaksanakan oleh Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah. Kursus yang diadakan selama 4 hari ini dijangka berakhir selasa depan.

26 March, 2010

Sains Rembau gugat kedudukan SMAKP

25 Mac 2010, Astana Raja, - Sekolah Menengah Sains Rembau sekali lagi menggugat kedudukan dan penguasaan SMAK Pedas dalam Majlis Tadarus AlQuran peringkat daerah Rembau setelah mengungguli acara tilawah alquran bahagian perempuan. Akhsya Athirah binti Mohd Amran, pelajar tingkatan 4 sekolah menengah sains rembau muncul johan Tilawah Alquran bahagian perempuan.Berkat usaha yang bersungguh-sungguh dan niat yang ikhlas untuk mengharumkan nama sekolah, beliau telah berjaya menempatkan diri dikalangan yang terbaik di daerah rembau dan bakal mewakili rembau di peringkat negeri.

Kejayaan ini tidak melunturkan semangat 5 orang rakan yang lain yang turut sama menyertai pertandingan. Dalam majlis tadarus AlQuran peringkat daerah Rembau, Sains Rembau telah menghantar 6 orang peserta mewakili sekolah dalam acara Tilawah Alquran lelaki dan perempuan, Hafazan Lelaki dan perempuan dan Syarahan Agama lelaki dan perempuan. untuk acara hafazan wakil semesra hanya berjaya menempatkan diri di tempat ke tiga dan begitu juga acara tilawah alquran lelaki dan hafazan lelaki. Moga selepas ini kejayaan demi kejayaan akan dapat dicipta

18 March, 2010

REHAT SEBENTAR KUMPUL TENAGA UNTUK MASA DEPAN

Mesyuarat Penubuhan Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Menengah Sains Rembau

Assalamualaikum .. Salam Sejahtera 

Mesyuarat Agung Penubuhan Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Menengah Sains Rembau 2010 
Tarikh : 21 Mac 2010 
Masa  : 2.30 petang 
Tempat : Dewan Besar Sekolah Menengah Sains Rembau

Kehadiran Tuan/ Puan ibubapa dan pelajar Sekolah Menengah Sains Rembau adalah diwajibkan 
Slip keputusan Ujian Setara 1 pelajar akan diserahkan pada majlis tersebut. Diharapkan tiada keuzuran dalam kehadiran tuan/ puan ke majlis kami ini. 

15 March, 2010

Catatan Hari Kecemerlangan SBP Zon Selatan

Bagi pertandingan bahas Bahasa Inggeris untuk sesi 2 juga telah diadakan pada 13 hb Mac 2010 jam 9.25 pagi. Enam pertandingan dijalankan serentak yang disertai oleh 12 kumpulan. Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris bagi bilik DR2 (kod 2101) telah dimenangi oleh SDAR, manakala pertandingan Bahas Bahasa Inggeris bagi bilik DR4 (kod 202) telah dimenangi oleh MOZAC.
STF turut berjaya dalam pertandingan bahas Bahasa Inggeris bagi bilik DR6 (kod 203). Seterusnya bagi pertandingan bahas bagi bilik DR8 (kod 204) pula dimenangi oleh SMAP Labu. Bagi pertandingan bahas Bahasa Inggeris bilik DR10 (kod 105), dimenangi oleh KTK, dan akhir sekali bagi petandingan bahas Bahasa Inggeris bagi bilik DR12 (kod 206)yang dimenangi oleh SAMURA

KEPUTUSAN BOLA KERANJANG LELAKI SDAR 46 VS SMAP LABU 17
MOZAC 33 VS STJ 32
SBPI JEMPOL 8 VS SMSJ 34
SAKTI 27 VS SASER 11
SSI 31 VS SAMURA 19


KEPUTUSAN BOLA KERANJANG PEREMPUAN STF 47 VS SMSJ 2
TKC 33 MOZAC 6
STJ 5 VS SBPI SELANDAR 32
TKC 36 VS SBPI SELANDAR 24
MOZAC 11 VS STJ 14
SAKTI 14 SMAP LABU 21
SS1 37 VS SAMURA 12

KEPUTUSAN BAHAS BAHASA MELAYU SESI 3 SDAR VS STJ=PEMENANG SDAR
MOZAC VS SBPI SELANDAR =PEMENANG MOZAC
SAKTI VS SMSJ =PEMENANG SMSJ
SMS REMBAU VS SASER =PEMENANG SASER
STF VS SAMURA =PEMENANG STF
SSI VS SMAP LABU= PEMENANG SMAP LABU


KEPUTUSAN BAHAS BAHASA INGGERIS SESI 3 SMSJ VS SAKTI=PEMENANG SMSJ
MOZAC VS SASER=PEMENANG MOZAC
SDAR VS SSI=PEMENANG SDAR
SMAP LABU VS SBPI JEMPOL =PEMENANG SMAP LABU
KTK VS SMS REMBAU =PEMENANG KTK
SBPI SELANDAR VS SAMURA= PEMENANG SAMURA


KEPUTUSAN BAHAS BAHASA MELAYU SESI 4 SMSJ VS KTK=PEMENANG KTK
SDAR VS SASER =PEMENANG SDAR
SMS REMBAU VS STJ=PEMENANG STJ
MOZAC VS SBPI JEMPOL =PEMENANG MOZAC
SMAP LABU VS SAMURA =PEMENANG SMAP LABU
SSI VS STF= PEMENANG STF


KEPUTUSAN BAHAS BAHASA INGGERIS SESI 4 SMSJ VS STF=PEMENANG STF
MOZAC VS SSI=PEMENANG MOZAC
SDAR VS SASER=PEMENANG SASER
SMAP LABU VS STJ=PEMENANG SMAP LABU
KTK VS SAMURA =PEMENANG KTK
SBPI SELANDAR VS SME REMBAU= PEMENANG SMS REMBAU

Liputan dari Sains Muar Sempena Hari Kecemerlangan SBP Zon Selatan

Pertandingan bahas Bahasa Melayu untuk sesi 1 telah diadakan pada 12 hb mac 2010 jam 9.25 malam. Enam pertandingan dijalankan serentak yang disertai oleh 12 kumpulan. Pertandingan Bahas Bahasa Melayu antara SMSJ dengan SDAR telah dimenangi oleh SDAR.
Manakala pertandingan Bahas Bahasa Melayu SMS Rembau dengan SAKTI dan telah dimenangi oleh SAKTI. KTK turut berjaya dalam pertandingan bahas Bahasa Melayu setelah menewaskan STJ.

Seterusnya bagi pertandingan bahas antara MOZAC dengan SMAP Labu telah dimenangi oleh pasukan SMAP Labu.. Bagi pertandingan bahas Bahasa Melayu antara STF dan SBPI Selandar telah dimenangi oleh STF dan akhir sekali bagi petandingan bahas Bahasa antara SMSSI dengan SBPI Jempol dan dimenangi oleh SBPI Jempol.

Bagi pertandingan bahas Bahasa Inggeris untuk sesi 1 juga telah diadakan pada 12 hb mac 2010 jam 9.25 malam. Enam pertandingan dijalankan serentak yang disertai oleh 12 kumpulan. Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris antara SMSJ dengan MOZAC telah dimenangi oleh SMSJ. 
 
Manakala pertandingan Bahas Bahasa Inggeris antara SDAR dan SAKTI telah dimenangi oleh SDAR. STF turut Berjaya dalam pertandingan bahas Bahasa Inggeris setelah menewaskan SASER. Seterusnya bagi pertandingan bahas antara SMAP Labu dan TKC telah dimenangi oleh TKC.

Bagi pertandingan bahas Bahasa Inggeris antara SBPI Selandar dengan SBP I Jempol, dimenangi oleh SBPI Selandar dan akhir sekali bagi petandingan bahas Bahasa Inggeris antara SMS Rembau dengan STJ dimenangi oleh SMS Rembau.

06 March, 2010

Lakaran Sejarah di bumi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas

assalamualaikum .. salam sejahtera

Sekolah Menengah Sains Rembau kini mula mengatur langkah kecemerlangan apabila meraih johan khat peringkat sekolah menengah dalam pertandingan khat sempena karnival pusat sumber sekolah menengah kebangsaan agama pedas. Penyertaan yang julungkalinya ini melakarkan sejarah baru yang mana acara ini sebelum ini dimonopoli oleh peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas. Selain itu Semesra turut memenangi tempat kedua acara sajak dan bercerita peringkat sekolah menengah.

Bagi acara street soccer pula, Skuad Semesra terkandas di pusingan kedua apabila tewas 3-1 kepada pasukan dari sekolah menengah agama pedas sendiri.Manakala acara-acara yang lain seperti mencipta kulit buku dan sebagainya masih belum dapat mencipta kejayaan. Semoga dengan kejayaan sulung yang dicipta akan membakar semangat juang para pelajar Sekolah Menengah Sains Rembau untuk mencipta kejayaan dan kecemerlangan pada masa akan datang. Syabas diucapkan

02 March, 2010

Setiap Program perlu perancangan awal - Pengetua

Assalamualaikum .. salam sejahtera

pada minggu lepas telah berlangsung majlis sambutan maulidurrasul SAW diperingkat sekolah. Walaupun disambut secara sederhana namum ianya cukup memberikan manfaat kepada semua pihak. Dalam majlis tersebut terdapat banyak pengajaran yang dapat diambil khususnya dalam sirah perjuangan rasululullah SAW sepertimana perancangan yang dilakukan oleh Baginda SAW dalam mengembangkan dakwah dan risalah Allah SWT.

Dalam ucapan perasmian, Dato' Pengetua mengingatkan bahawa setiap langkah yang dilaksanakan oleh baginda SAW banyak dilaksanakan mengikut perancangan khususnya perancangan Allah SWT. Manusia juga perlu merancang kehidupan mereka bagi memastikan mereka mampu untuk meneruskan kehidupan dengan baik dan tenang.

sesungguhnya manusia merancang dan Allah turut merancang. tetapi sebenarnya perancangan Allahlah yang paling tepat dan berjaya. Sewajarnya bersempena dengan sambutan yang dilaksanakan pada tahun ini bertemakan "Memupuk Ukhuwah Memperkasa Ummah" dijadikan sandaran dalam menjana kecemerlangan didunia dan akhirat pada masa akan datang.