02 September, 2016

Minggu Kokurikulum 2016

Minggu Kokurikulum 2016 telah diadakan pada 25 - 29 Ogos yang lalu dan melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 1 - 4. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah pertandingan mencipta gadjet, pertandingan senamrobik, pertandingan membuat dan menaikkan layang-layang, pertandingan menghias key chain dan lain-lain.


Majlis Penutupan Minggu Kokurikulum telah diadakan pada 1 September bagi menyampaikan hadiah kepada semua pemenang bagi setiap pertandingan  yang telah dijalankan. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah sama-sama menjayakan Minggu Kokurikulum ini. Diharapkan dengan adanya penganjuran program sebegini akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang sejajar dengan matlamat pendidikan negara.