30 November, 2015

Penganjuran Bersama Konvensyen Kajian Tindakan Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi 2015

SEMESRA dan SK Putrajaya Presint 9 (2) dengan kerjasama Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BSBPSK) telah berjaya menganjurkan Konvensyen Kajian Tindakan Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kali ke-3 yang telah diadakan di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands pada 23 - 25 November yang lalu.

 
Konvensyen yang diadakan selama 3 hari tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) serta Sekolah-sekolah Kluster (SK). 

Sebanyak 20 kajian tindakan telah dibentangkan sepanjang konvensyen berlangsung. Pembentangan-pembentangan ini telah berjaya memberi pendedahan dan ilmu kepada hadirin mengenai teknik-teknik pengajaran berkesan yang boleh dilaksanakan dalam kelas bagi membantu peningkatan penguasaan para pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.

 

20 pengkaji terbaik telah diberi anugerah Emas, Perak dan Gangsa atas mutu penghasilan kajian mereka.


Tahniah SEMESRA kerana berjaya menganjurkan konvensyen peringkat kebangsaan dengan jayanya.