11 June, 2014

Penempatan Semula Pelajar-pelajar Lelaki SEMESRA

Untuk makluman ibu bapa, penjaga serta pelajar-pelajar lelaki SEMESRA,

Pihak sekolah telah memutuskan untuk membuat penempatan semula bagi semua pelajar-pelajar lelaki SEMESRA di asrama bagi memastikan kebajikan dan pencapaian akademik pelajar-pelajar menjadi lebih sempurna.

Oleh yang demikian, diminta kerjasama ibu bapa dan penjaga untuk menghantar anak jagaan masing-masing ke sekolah sedikit awal pada hari Ahad 15 Jun 2014 bagi memastikan segala urusan perpindahan kamar dapat dijalankan dengan lebih lancar.

Senarai nama dan kamar bagi penempatan semula ini akan ditampalkan di papan kenyataan asrama untuk rujukan dan panduan semua pelajar. 

Terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua.

6 comments:

farah hani said...

aspura ke aspuri cikgu ?

sains rembau said...

aspura sahaja

Aiman Amer said...

pindah tu wajib hari ahad time balik sek hari tu jugak ke cikgu ? kalo ade yg tpksa balik lmbt mcm mne cikgu ?

1WHP said...

Yang list nama ikut yang Cikgu Azman announce dekat surau haritukan?Tak tukar?

sains rembau said...

Arahan pengetua ialah para pelajar lelaki dikehendaki untuk balik awal bagi urusan perpindahan barang ke kamar yang baru pada hari Ahad.

Senarai penempatan telah siap jd setiap pelajar mmg akan ada kamar. Cuma kalau balik lambat, tiada pilihan untuk katil dan locker.

sains rembau said...

Ye, senarai yang sama.