23 June, 2014

Hari Koperasi Sekolah 2014

Pada 18 Jun yang lalu Pengetua Sekolah Menengah Sains Rembau telah merasmikan Hari Koperasi 2014. Majlis perasmian telah disempurnakan dengan ucapan dan upacara memotong riben. Hari Koperasi 2014 ini telah diadakan bermula 18 Jun sehingga 21 Jun yang lalu.


Pelbagai aktiviti  dan pertandingan telah dijalankan sepanjang minggu tersebut termasuklah Pertandingan Dikir Barat antara Rumah, Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Permainan Tradisional, Pertandingan Menulis Esei dan banyak lagi.


Majlis Penutup Hari Koperasi 2014 telah diadakan pada hari Sabtu di Dewan Dato' Haji Azam. Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada pemenang-pemenang bagi semua pertandingan yang telah dijalankan sepanjang minggu.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Minggu Koperasi pada tahun ini dan tahniah kepada semua pemenang.

0 comments: