19 April, 2014

Minggu Kokurikulum SEMESRA 2014

Pada hari Selasa 15 April yang lalu telah diadakan Perasmian Minggu Kokurikulum Kali ke-3 di Dewan Dato' Haji Azam. Ia telah dirasmikan oleh Puan Pengetua Sekolah Menengah Sains Rembau Puan Hajah Norzila binti Idris.


Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu antaranya seperti Kuiz, Explorace, Cipta Mini Gajet, Menghias Mug, Iktiar Hidup, Nyanyian Berkumpulan dan Kawad Kaki.

 

Minggu Kokurikulum telah ditutup secara rasminya pada hari Jumaat bersamaan 18 April di Dewan Dato' Haji Azam. Hadiah telah disampaikan oleh Pengetua Kanan SEMESRA kepada pemenang-pemenang  bagi 13 pertandingan yang telah dijalankan sepanjang Minggu Kokurikulum berlangsung.


Tahniah diucapkan kepada semua yang telah sama-sama menjayakan Minggu Kokurikulum pada tahun ini. Semoga aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah berjaya menambah ilmu baik dari segi akademik mahupun kepimpinan dalam kalangan pelajar.