22 April, 2014

Majlis Penutupan Hari Terbuka Asrama 2014

Semalam telah diadakan Majlis Penutupan Hari Terbuka Asrama 2014 di Dewan Dato' Haji Azam. Pada tahun ini SEMESRA sekali lagi telah mengadakan Hari Terbuka Asrama dan ia telah berlangsung pada Sabtu bersamaan dengan 19 April 2014.

Hari Terbuka Asrama kali ini telah dirasmikan oleh Encik Azhar bin Mohammad, YDP PIBG Sekolah Menengah Sains Rembau.


Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan pada hari tersebut termasuklah pameran Bomba dan Penyelamat, pertandingan permainan dan masakan tradisional, gerai-gerai jualan, program derma darah dan lain-lain lagi. Para tetamu juga dibenarkan untuk melawat kamar-kamar asrama yang telah dihias dengan cantik dan kreatif.


Pada majlis penutupan, rumah Lela Maharaja telah diumumkan sebagai johan bagi Pertandingan Keceriaan Keseluruhan diikuti oleh rumah Johan Pahlawan. Rumah Akhirul Zaman menduduki tempat ketiga manakala rumah Kelana Petra menduduki tempat keempat.


Tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan program ini. Diharapkan ia telah berjaya memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar dalam mencapai sesuatu matlamat.

0 comments: