16 January, 2012

Majlis Penutup Minggu Silaturrahim Tingkatan 1



Sepanjang Majlis Silaturrahim yang berlangsung lebih kurang seminggu, para pelajar Tingkatan Satu telah diberi pendedahan kepada kehidupan di asrama penuh. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk menyediakan para pelajar secara fizikal mahupun mental bagi menjalani kehidupan mereka sehari-hari.

Kemuncak bagi minggu ini adalah persembahan daripada para pelajar pada Majlis Penutup Minggu Silaturrahim yang telah diadakan pada Jumaat 13 Januari yang lalu. Selain daripada warga SEMESRA, ibubapa juga telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis.

Pengetua Kanan, Pn. Hjh Norzila bt Idris mengucapkan tahniah kepada semua para pelajar Tingkatan Satu yang berjaya menamatkan Minggu Silaturrahim ini dengan jayanya. Beliau berharap agar segala aktiviti yang telah dijalani akan dapat membantu para pelajar menyesuaikan diri kepada kehidupan berasrama.

Seterusnya telah diadakan satu tayangan multimedia bagi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu tersebut. Kemudian, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu persembahan menarik daripada para pelajar Tingkatan 1.





antara persembahan-persembahan pada malam tersebut

Sebelum bersurai, keputusan bagi persembahan terbaik telah pun diumumkan. Berikut adalah keputusan pertandingan:

Johan: Tarian Bollywood (Lela Maharaja)
N. Johan: Nasyid (Kelana Petra)
Tempat ke-3: Sketsa (Lela Maharaja)

Selain daripada keputusan persembahan, dua orang pelajar juga telah diumumkan sebagai Tokoh Pelajar sepanjang Minggu Silaturrahim ini.

Tokoh Pelajar Lelaki: Ahmad Zuhair bin Zakaria 1 E (Johan Pahlawan)
Tokoh Pelajar Perempuan: Nur Alisha Hanis binti Zaini 1 C (Akhirul Zaman)

Majlis tamat pada pukul 11 malam.