05 January, 2012

Pendaftaran Pelajar-pelajar Tingkatan 1



Pada hari Rabu yang lepas warga SEMESRA telah mengalu-alukan pendaftaran masuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 seramai 125 orang. Majlis Pendaftaran ini telah diadakan di Dewan Dato' Hj Azam bermula pada pukul 8 pagi.

Setibanya di dewan, para pelajar berserta ibubapa mereka telah disambut oleh pemimpin-pemimpin pelajar serta guru-guru SEMESRA. Seterusnya ibubapa diminta untuk melengkapkan proses pendaftaran masuk anak mereka dengan bantuan para pemimpin pelajar.


pendaftaran masuk



serahan dokumen dan bayaran duit asrama serta koperasi


Pada pukul 11 pagi, ibubapa serta para pelajar baru diminta untuk berhimpun di dalam dewan untuk satu taklimat ringkas. Yang di Pertua PIBG, Tn Hj Dahalan b. Abdullah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang kepada semua para pelajar baru Tingkatan Satu. Beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan para pelajar ini untuk terpilih masuk ke SEMESRA dan berrharap agar kecemerlangan para pelajar dapat diteruskan di sekolah baru.



Kemudiannya Pengetua Kanan Pn. Hjh Norzila bt Hj Idris telah memberikan sedikit taklimat ringkas kepada semua ibubapa yang hadir. Didalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah atas keputusan para pelajar untuk meneruskan pelajaran mereka di asrama penuh. Beliau berharap semoga keputusan ini akan dapat membantu para pelajar untuk menjadi lebih cemerlang pada masa hadapan.



Beliau kemudiannya memperkenalkan barisan para guru kepada semua ibubapa dan pelajar yang hadir.



Sebelum bersurai, para pelajar Tingkatan 1 telah diserahkan kepada School Sister/Brother masing-masing yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 5. School Sister/Brother ini berperanan untuk membantu para pelajar baru ini dalam menyesuaikan diri kepada kehidupan di sekolah berasrama penuh.




Selamat datang diucapkan kepada semua para pelajar Tingkatan Satu. Selamat menjadi warga SEMESRA yang baru. Semoga kehadiran anda semua akan terus memantapkan kecemerlangan sekolah ini.

0 comments: