16 November, 2011

Jamuan High -Tea Kelab Guru dan Staf 2011

Semalam, Kelab Guru dan Staf SEMESRA telah mengadakan Jamuan High-Tea di Casa Rachardo, Port Dickson. Jamuan ini diadakan bagi menghargai tenaga seluruh warga SEMESRA yang telah sama-sama menyumbang demi kecemerlangan sekolah ini.

Setelah majlis dimulakan dengan bacaan doa, semua hadirin dijemput untuk menjamu selera.

antara juadah yang terhidang

Selepas selesai menjamu selera, tibalah giliran Presiden Kelab Guru dan Staf untuk memberikan ucapan. Ustaz Haikal mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru dan staf atas kerjasama baik yang telah diberikan sepanjang tahun dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kelab. Beliau berharap agar kerjasama ini akan terus berkekalan agar segala perancangan kelab dapat dijalankan dengan jayanya.



Kemudian Pengetua Kanan SEMESRA, Hjh Norzila bt Idris tampil untuk memberikan ucapan beliau. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK Kelab Guru dan Staf yang telah berjaya menganjurkan jamuan akhir tahun ini. Beliau berharap agar Kelab ini akan terus berjaya menganjurkan lebih banyak aktiviti pada tahun hadapan.


Pada majlis ini juga telah diadakan acara cabutan bertuah dimana guru-guru dan staf berpeluang untuk memenangi alatan elektrik ataupun hamper.




Selain daripada itu, terdapat juga acara bertukar-tukar hadiah sesama ahli. Cabutan nama telah pun dibuat seminggu sebelum majlis bermula.


antara hadiah yang akan bertukar tangan

Pada majlis ini, Kelab Guru dan Staf juga telah mengambil kesempatan untuk meraikan rakan-rakan yang berjaya dalam permohonan mereka untuk bertukar sekolah. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada guru-guru ini atas khidmat bakti yang telah ditaburkan sepanjang perkhidmatan mereka di SEMESRA.


dari kiri: Pn. Zaleha, Pn. Zanariah, Pn. Azliza dan Ustaz Rozeli

Jamuan berakhir lebih kurang pada pukul 6.30 petang.