16 November, 2011

Jamuan High -Tea Kelab Guru dan Staf 2011

Semalam, Kelab Guru dan Staf SEMESRA telah mengadakan Jamuan High-Tea di Casa Rachardo, Port Dickson. Jamuan ini diadakan bagi menghargai tenaga seluruh warga SEMESRA yang telah sama-sama menyumbang demi kecemerlangan sekolah ini.

Setelah majlis dimulakan dengan bacaan doa, semua hadirin dijemput untuk menjamu selera.

antara juadah yang terhidang

Selepas selesai menjamu selera, tibalah giliran Presiden Kelab Guru dan Staf untuk memberikan ucapan. Ustaz Haikal mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru dan staf atas kerjasama baik yang telah diberikan sepanjang tahun dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kelab. Beliau berharap agar kerjasama ini akan terus berkekalan agar segala perancangan kelab dapat dijalankan dengan jayanya.



Kemudian Pengetua Kanan SEMESRA, Hjh Norzila bt Idris tampil untuk memberikan ucapan beliau. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK Kelab Guru dan Staf yang telah berjaya menganjurkan jamuan akhir tahun ini. Beliau berharap agar Kelab ini akan terus berjaya menganjurkan lebih banyak aktiviti pada tahun hadapan.


Pada majlis ini juga telah diadakan acara cabutan bertuah dimana guru-guru dan staf berpeluang untuk memenangi alatan elektrik ataupun hamper.




Selain daripada itu, terdapat juga acara bertukar-tukar hadiah sesama ahli. Cabutan nama telah pun dibuat seminggu sebelum majlis bermula.


antara hadiah yang akan bertukar tangan

Pada majlis ini, Kelab Guru dan Staf juga telah mengambil kesempatan untuk meraikan rakan-rakan yang berjaya dalam permohonan mereka untuk bertukar sekolah. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada guru-guru ini atas khidmat bakti yang telah ditaburkan sepanjang perkhidmatan mereka di SEMESRA.


dari kiri: Pn. Zaleha, Pn. Zanariah, Pn. Azliza dan Ustaz Rozeli

Jamuan berakhir lebih kurang pada pukul 6.30 petang.

14 November, 2011

Good Luck, Valedictorians!

Pada hari ini bermulalah perjuangan para pelajar Tingkatan 5 dalam menghadapi peperiksaan SPM mereka. Untuk pengetahuan semua, kumpulan pelajar ini merupakan kumpulan pertama SPM bagi sekolah ini.

Selepas perhimpunan pagi, seluruh warga SEMESRA telah membuat barisan hingga ke dewan peperiksaan bagi mengiringi para pelajar Tingkatan 5 pada hari pertama peperiksaan mereka. Tepukan semangat dan ucapan selamat berjaya telah diberikan kepada para pelajar Tingkatan 5 sepanjang perjalanan mereka ke Dewan Dato' Azam.






Seluruh warga SEMESRA mendoakan agar semua pelajar Tingkatan 5 akan berjaya menjawab soalan dengan baik dan tenang. Semoga pelajar semua akan berjaya mencapai 9A+ dalam peperiksaan SPM ini. Amin

10 November, 2011

Majlis Restu Ilmu SPM

Pagi ini telah diadakan satu Majlis Restu Ilmu bagi para pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM pada minggu hadapan. Majlis ini telah diadakan di Surau SEMESRA dan dihadiri oleh semua guru dan pelajar SPM.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohmed Rozeli b. Yahya. Seterusnya ia diteruskan dengan ucapan oleh wakil Tingkatan 5 Sdr Syafiq Shaharizal. Di dalam ucapannya, beliau mewakili rakan-rakan memohon maaf kepada semua guru jika ada terkasar bahasa sepanjang dua tahun ini. Beliau juga berharap agar semua pihak dapat mendoakan kejayaan mereka dalam peperiksaan ini.



Seterusnya giliran Pengetua Kanan SEMESRA Pn. Hjh Norzila bt. Idris untuk memberi ucapan. Beliau mewakili guru-guru SEMESRA mendoakan agar semua pelajar akan berjaya menjawab soalan dengan baik. Beliau berharap agar para pelajar dapat memberi tumpuan penuh kepada peperiksaan memandangkan keputusan peperiksaan ini amat penting untuk masa depan mereka.



Selepas ucapan, telah diadakan upacara bermaaf-maafan diantara guru dan pelajar. Para pelajar kemudiannya dibekalkan dengan alat tulis sumbangan PIBG.





Selamat menduduki peperiksaan SPM diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 5. Semoga anda semua akan beroleh 9A+ di dalam peperiksaan ini. Amin.

01 November, 2011

Hari Ko-kurikulum dan HEM 2011

Pada 29 haribulan yang lalu, telah berlangsung Hari Ko-kurikulum dan HEM bagi tahun 2011. Majlis ini telah diadakan untuk memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah berjaya mencapai kejayaan dalam bidang Ko-kurikulum dan HEM pada tahun ini.

Majlis bermula pada pukul 9 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Hamzani b. Suein, Penolong Pengarah Kanan Sekolah Unit SBPSK. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Kadet Polis sebelum tetamu kehormat dan barisan pentadbiran bergerak masuk ke Dewan Dato' Azam.


Di dalam ucapan, En Hamzani mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua guru dan pelajar yang bakal mendapat pengiktirafan di dalam majlis tersebut. Beliau berharap agar penghargaan ini akan terus memotivasikan semua guru dan pelajar untuk berusaha dengan lebih baik lagi di masa hadapan.

Seterusnya telah diadakan majlis penyampaian anugerah kepada semua pemenang-pemenang. Pemenang-pemenang ini telah dipilih berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan.

Berikut adalah antara pemenang-pemenang Anugerah pada hari tersebut:


Pemenang Anugerah HEM Kelas Terbaik


Pemenang Anugerah HEM Kamar Terbaik Lelaki


Pemenang Anugerah HEM Kamar Terbaik Perempuan


Pemenang Anugerah Kokurikulum Kategori Unit Beruniform


Pemenang Anugerah Kokurikulum Kategori Kelab


Pemenang Anugerah Kokurikulum Terbaik Kategori Persatuan


Pemenang Anugerah HEM Rumah Terbaik Keseluruhan


Pemenang Anugerah Tokoh HEM SEMESRA 2011 Kategori Lelaki


Pemenang Anugerah Tokoh HEM SEMESRA 2011 Kategori Perempuan


Pemenang Anugerah Tokoh Ko-kurikulum

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kejayaan yang lebih gemilang dapat dicatatkan pada tahun hadapan.