Iman : Assalamualaikum.
Diri : Wa'alaikumussalam. Oh, En. Iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ke?
Iman : Apa pula saya cuti, bos. Saya kan diberikan cuti.
Diri : Oh, ya. Lupa. Itu la. Saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En. Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam kabut pulak. Lepas terdengar ustaz kt tv berceramah kt tv hari tu saya teringatkan kamu.
Iman : Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambil balik jawatan saya dari En. Nafsu?
Diri : Eh, tak boleh. Saya sayang nak pecat En. Nafsu. Walaupun saya terpaksa membayar gaji yang tinggi tapi dia berjaya menghiburkan saya.
Iman : Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.
Diri : Eh, jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu berdua.
Iman : Tapi bos, kami tak mungkin bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. En. Nafsu tu saya lihat anti sangat dengan saya.
Diri : Saya rasa serba salah la pulak.
Iman : Bos boleh pilih satu je. Bos perlu mujahadah untuk pecat En. Nafsu, bos.
Diri : Saya tahu. Jauh dalam hati saya, saya memang perlukan kamu En Iman. Iri hati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah tu. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga En Nafsu. Tak kiralah apa yang berlaku. En. Iman, Saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, Al-Quran dan apa-apa yang patut.
Iman : Alhamdulillah, nampaknya bos telah membuat keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ini, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah SWT) sebagai muttaqin.
Kitalah bos kepada diri sendiri. Kita yang menguruskan semua tentang diri, makan minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Tetapi yang lebih penting ialah, bagaimana kita mnguruskan iman kita. Buatlah keputusan yang terbaik dan tulislah agenda dan aktiviti yang boleh menyubukan iman. Jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai kembali dosa ke dalam diri.