23 February, 2010

Semesra Kehilangan Guru Berkaliber

Assalamualaikum .. salam ukhuwah
Sekolah Menengah Sains Rembau (Semesra) kehilangan seorang guru yang berkaliber apabila guru berkenaan dinaikkan pangkat untuk menjadi salah seorang pensyarah di IPGM di Kuala Lipis Pahang. Guru yang dimaksudkan ialah En. Jalaludin bin Ibrahim. En Jalal atau lebih mesra dipanggil Cikgu jalal telah mula bertugas di sekolah menengah sains rembau bermula bulan oktober 2009. Cikgu Jalal sebelum ini pernah bertugas di beberapa buah sekolah menengah dan yang terakhir di Sekolah Datuk Razak di seremban.

Di Sekolah Menengah Sains Rembau, beliau bertugas sebagai guru kanan matapelajaran bahasa. bermula hari ini beliau akan bertugas sebagai pensyarah dijabatan bahasa di Institut Pendidikan Guru Malaysia Tuanku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang. Warga sekolah dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas segala sumbangan dan jasa bakti yang telah cikgu berikan. Moga kita berjumpa lagi.

20 February, 2010

Nasa Lancar Satelit Pantau Matahari

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) melancarkan sebuah satelit peninjau suria semalam dengan harapan untuk meningkatkan kefahaman saintis mengenai matahari dan fungsinya yang rumit.

Roket dua peringkat Atlas ,berlepas dari tapak pelancaran Pusat Angkasa Lepas Kennedy di sini pada 10.23 pagi semalam (11.23 malam tadi waktu Malaysia) dengan membawa satelit Peninjau Dinamik Suria (SDO) ke angkasa lepas.

NASA berkata, SDO berpisah daripada roketnya kira-kira sejam dan 48 minit selepas pelancaran.

Satelit seberat 3.2 tan itu dijadual memasuki orbit kira-kira 35,880 kilometer dari Bumi, mengelilingi planet ini sekali dalam setiap 24 jam sepanjang misinya selama lima tahun.

"Misi ini akan membawa kejayaan hebat. SDO akan melonjakkan kefahaman kita mengenai matahari serta kesannya terhadap kehidupan dan masyarakat," kata Pengarah Bahagian Heliofizik, Richard Fisher di ibu pejabat NASA di Washington.

Menurut NASA, satelit tersebut akan membantu mendedahkan bagaimana perubahan pada matahari mengubah paras radiasi dan tenaga dalam sistem suria kita sendiri.

Saintis berkata, cuaca angkasa lepas yang berpunca daripada matahari boleh mempengaruhi isyarat komunikasi dan satelit, talian tenaga elektrik dan objek lain di samping penghantaran tenaga dalam atmosfera kita dan di luarnya.

Pelajar MRSM Hasil Batu Bata dari Tandan Kelapa ??

Tandan kelapa sawit yang biasanya dibuang, didapati mampu dijadikan bahan penting dalam sektor pembinaan.

Itulah yang dibuktikan oleh dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan di sini, Nur Azimah Najihah Mohamad Afandi dan Fatimah Zahrah Mohd. Sobri, yang berjaya menghasilkan batu bata daripada tandan kelapa sawit yang banyak terdapat di negara ini.

Kedua-dua pelajar berusia 18 tahun itu mengambil masa setahun bagi membangunkan projek dikenali high silica brick yang pada mulanya hanya merupakan sebahagian daripada satu program pengajian bagi mendapatkan sijil Graduasi MRSM.

Melihat potensi kajian berkenaan, mereka bersama guru penasihat, Siti Faridah Jusoh, berulang-alik ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi untuk menjalankan kajian lebih terperinci kerana peralatan makmal di sekolah mereka terhad.

Hasilnya, penemuan mereka itu telah memenangi pingat emas bagi kategori fizik pada pertandingan Tunas Saintis MRSM Ogos tahun lepas serta pingat gangsa di Ekspo Teknologi Malaysia baru-baru ini yang turut disertai mahasiswa institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Kajian berkenaan juga akan menyertai International Sustainable World (Energy, Engineering & Environment) Project Olympiad (I-SWEEEP) di Houston, Amerika Syarikat, dari 14 hingga 19 April ini.

Jika menerima penghargaan pada acara berprestij itu, batu bata berkenaan dijangka dipaten dan dikomersialkan.

Nur Azimah Najihah, yang berasal dari Klang berkata, batu bata dengan ukuran 10cmx10cmx10cm ciptaan mereka itu mempunyai daya tahan yang lebih kerana terdapat kandungan silika yang tinggi pada tandan kelapa sawit berbanding batu bata biasa berasaskan pasir.

Malah, pelajar yang kini menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berkata, batu bata terbabit juga lebih ringan, keras dan yang paling penting, mesra alam sekitar.

"Sumber semula jadi seperti pasir semakin berkurangan, jadi penggunaan tandan kelapa sawit yang biasanya dibuang ini lebih mesra alam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nur Azimah Najihah berkata, sudah ada kajian menggunakan tandan kelapa sawit sebagai bahan binaan sebelum ini, namun penyelidikan yang dilakukan oleh MRSM Kuantan berbeza sedikit kerana ia 100 peratus bebas penggunaan pasir.

Pengetua MRSM Kuantan, Khalil Abdul Rahman berkata, beliau yakin projek dua pelajar terbabit mampu mencipta kejayaan di Texas nanti.

Beliau berkata, penemuan tersebut merupakan satu inovasi yang penting disebabkan kekurangan sumber semula jadi dunia pada masa ini.

Khalil juga berkata, MRSM Kuantan mengharapkan tajaan daripada Mara sendiri atau pihak-pihak lain bagi membantu mengurangkan kos ketika pelajar-pelajar berada di Texas.

Dua lagi pelajar sekolah itu yang turut mencipta kejayaan merangkul pingat gangsa di Pertandingan International Robotic Olympiad di Daejeon, Korea, bagi kategori 'Robot Dancing' pada 17 hingga 20 Disember tahun lepas turut menghadapi masalah serupa.

Bagaimanapun, menurut Khalil, atas keprihatinan ibu bapa melalui Badan Permuafakatan Pendidikan Mara Malaysia (Muafakat) sekolah itu, yang diketuai Yang Dipertuanya, Zamhuri Talib, sebanyak RM5,000 berjaya disalurkan bagi pembelian peralatan dalam menghasilkan robot berkenaan.

Katanya, penyertaan pelajar tingkatan lima sekolah itu, Azri Irsyad Juhari dan Ahmad Azra'i Jamal, merupakan pemenang tunggal dari Malaysia yang turut diwakili sembilan lagi pelajar dari sekolah lain.

sumber : BERNAMA

Futur ? Makanan Ke ??

Futur adalah perkataan dari bahasa Arab asalnya ia bermakna terputus, berhenti, malas dan lambat, setelah sebelumnya konsisten dan rajin. Dalam konteks amal dakwah, ia adalah satu penyakit yang menimpa aktivis dakwah dalam bentuk rasa malas, menunda-nunda, berlambat-lambat dan yang paling buruk ialah berhenti dari melakukan amal dakwah. Sedangkan sebelumnya ia adalah seorang yang aktif dan beriltizam.
Fenomena ini adalah satu perkara yang biasa berlaku dan dihadapi oleh ramai mereka yang bertangungjawab dalam mentarbiyah para aktivis dakwah. Hakikat ini adalah kerana futur merupakan sifat semula jadi manusia. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadits yang bermaksud;

“Sesungguhnya bagi setiap amalan adalah masa-masa rajin dan tiap-tiap masa rajin ada futur. Namun barangsiapa yang futurnya menjurus kepada sunnahku, maka sesungguhnya ia telah memperoleh petunjuk. Barangsiapa pula yang futurnya menjurus kepada selain sunnahku, maka ia telah tersesat.” (Riwayat Al-Bazzar)

Bahaya Futur
Walau pun futur adalah sesuutu yang lumrah berlaku dalam diri manusia tetapi ia mestilah diurus, sebagaimana yang diajarkan oleh hadits di atas dengan memalingkan perasaan itu kepada sesuatu yang sejajar dengan sunnah. Jika tidak ia akan mengkibatkan kesan buruk.

Antara kesan buruk itu ialah;

1. Pengabaian kepada amanah.
Futur menyebabkan seorang aktivis dakwah bermalas dalam menunaikan tugas dakwahnya. Ini kadangkala sehingga menyebabkan tugas berkenaan lewat disempurnakan atau terbengkalai sehingga mengganggu keseluruhan projek yang hendak dilaksanakan. Apa jua pengabaian kepada kewajiban adalah pelanggaran amanah yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah taala.

2. Gugur dari jalan dakwah.
Sekiranya futur tidak ditangani atau dibiarkan tanpa dirawat, ia akan menjadi satu tabiat. Lama-lama, perasaan ini menjadi sebati dan aktivis berkenaan menjadi semakin jauh dari amal dakwah. Akhirnya, ia terus tidak lagi terbabit dalam amal dakwah. Apabila seorang itu gugur dari jalan dakwah, maka ia telah hilang banyak kebaikan dari usaha dakwah. Lebih buruk lagi, ia telah mengabaikan kewajiban dakwah yang ditaklifkan ke atasnya sebagai seorang Muslim.

3. Mengakhiri kehidupan dalam keadaan yang futur.
Apabila seseorang itu berlama-lama dalam keadaan futur sehingga menjadi kebiasaannya, maka ia menanggung risiko besar untuk mati dalam keadaan sedemikian kerana dia tidak tahu akan masa kematiannya. Adalah ditakuti, jika Allah taala mengambil nyawanya sedangkan dia dalam keadaan futur, sedangkan Allah taala menghisab amal manusia berdasarkan akhir hayatnya. Maka sebab itulah, Rasulullah s.a.w mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dengan doa;

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu dari penyakit lemah dan malas...” (Riwayat Abu Daud)

Di dalam sebuah hadits, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Sesungguhnya seorang hamba itu ada yang melakukan amalan ahli neraka padahal ia termasuk ahli syurga, dan ada pula yang mengamalkan amalan ahli syurga padahal ia termasuk ahli neraka. Sesungguhnya amal itu tergantung pada kesudahannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

18 February, 2010

Tokoh SeMesra : Leonardo Da Vinci

Leonardo di ser Piero da Vinci (About this sound pronunciation (help·info)), (April 15, 1452 – May 2, 1519), was an Italian polymath: painter, sculptor, architect, musician, scientist, mathematician, engineer, inventor, anatomist, geologist, botanist and writer. Leonardo has often been described as the archetype of the Renaissance man, a man whose unquenchable curiosity was equaled only by his powers of invention.[1] He is widely considered to be one of the greatest painters of all time and perhaps the most diversely talented person ever to have lived.[2] According to art historian Helen Gardner, the scope and depth of his interests were without precedent and "his mind and personality seem to us superhuman, the man himself mysterious and remote".[1] Marco Rosci points out, however, that while there is much speculation about Leonardo, his vision of the world is essentially logical rather than mysterious, and that the empirical methods he employed were unusual for his time. [3]

Born the illegitimate son of a notary, Piero da Vinci, and a peasant woman, Caterina, at Vinci in the region of Florence, Leonardo was educated in the studio of the renowned Florentine painter, Verrocchio. Much of his earlier working life was spent in the service of Ludovico il Moro in Milan. He later worked in Rome, Bologna and Venice and spent his last years in France, at the home awarded him by Francis I.

Leonardo was and is renowned[2] primarily as a painter. Two of his works, the Mona Lisa and The Last Supper, are the most famous, most reproduced and most parodied portrait and religious painting of all time, respectively, their fame approached only by Michelangelo's Creation of Adam.[1] Leonardo's drawing of the Vitruvian Man is also regarded as a cultural icon,[4] being reproduced on everything from the Euro to text books to t-shirts. Perhaps fifteen of his paintings survive, the small number due to his constant, and frequently disastrous, experimentation with new techniques, and his chronic procrastination.[nb 2] Nevertheless, these few works, together with his notebooks, which contain drawings, scientific diagrams, and his thoughts on the nature of painting, comprise a contribution to later generations of artists only rivalled by that of his contemporary, Michelangelo.

Leonardo is revered[2] for his technological ingenuity. He conceptualised a helicopter, a tank, concentrated solar power, a calculator,[5] the double hull and outlined a rudimentary theory of plate tectonics. Relatively few of his designs were constructed or were even feasible during his lifetime,[nb 3] but some of his smaller inventions, such as an automated bobbin winder and a machine for testing the tensile strength of wire, entered the world of manufacturing unheralded.[nb 4] As a scientist, he greatly advanced the state of knowledge in the fields of anatomy, civil engineering, optics, and hydrodynamics.[6]

Tokoh SeMesra : Albert Bandura

Albert Bandura (born December 4, 1925, in Mundare, Alberta, Canada) is a psychologist specializing in social cognitive theory and self-efficacy. He is most famous for his social learning theory.Bandura graduated with a B.A. from the University of British Columbia with the Bolocan Award in psychology, and then obtained his M.A. in 1951 and Ph.D. in 1952 from the University of Iowa. Arthurs D Benton was his academic adviser at Iowa. [1] Upon graduation, he participated in a clinical internship with the Wichita Kansas Guidance Center. The following year, he accepted a teaching position at Stanford University in 1953, which he still holds today.[2] In 1974 the American Psychological Association elected him as its president.Bandura was initially influenced by Robert Sears' work on familial antecedents of social behavior and identificatory learning, Bandura directed his initial research to the role of social modeling in human motivation, thought, and action. In collaboration with Richard Walters, his first doctoral student, Bandura engaged in studies of social learning and aggression. Their joint efforts illustrated the critical role of modeling in human behavior and led to a program of research into the determinants and mechanisms of observational learning (part of which has become known in the history of psychology as the "Baby Clown Doll experiment"). The program also led to Bandura's first book, Adolescent Aggression in 1959, and to a subsequent book, Aggression: A Social Learning Analysis in 1973.

In 1963 Bandura published his second book, Social Learning and Personality Development. In 1974 Stanford University awarded him an endowed chair and he became David Starr Jordan Professor of Social Science in Psychology. In 1977, Bandura published the ambitious Social Learning Theory, a book that altered the direction psychology took in the 1980s.[citation needed]

In the course of investigating the processes by which modeling alleviates phobic disorders in snake-phobics, Bandura found that self-efficacy beliefs (which the phobic individuals had in their own capabilities to alleviate their phobia) mediated changes in behavior and in fear-arousal. He then launched a major program of research examining the influential role of self-referent thought in psychological functioning. Although he continued to explore and write on theoretical problems relating to myriad topics, from the late 1970s he devoted much attention to exploring the role that self-efficacy beliefs play in human functioning.

In 1986 Bandura published Social Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive Theory, a book in which he offered a social cognitive theory of human functioning that accords a central role to cognitive, vicarious, self-regulatory and self-reflective processes in human adaptation and change. This social cognitive theory has its roots in an agentic perspective that views people as self-organizing, proactive, self-reflecting and self-regulating, not just as reactive organisms shaped by environmental forces or driven by inner impulses. Self-efficacy: The exercise of control was published in 1997.

Bandura has lectured and written on topics such as escaping homelessness, deceleration of population growth, transgressive behavior, mass communication, substance abuse, and terrorism. He has explored the manner in which people morally disengage when they perpetrate inhumanities, and he has traced the psychosocial tactics by which individuals and societies selectively disengage moral self-sanctions from inhumane conduct. He desires and works for a civilized life with humane standards buttressed "by safeguards built into social systems that uphold compassionate behavior and renounce cruelty".

A 2002 survey ranked Bandura as the fourth most-frequently cited psychologist of all time—behind B.F. Skinner, Sigmund Freud, and Jean Piaget—and the most cited living one

16 February, 2010

Info KPM : 500 SEKOLAH TARAF 5 BINTANG

Kementerian Pelajaran menyasarkan 500 daripada 10,000 sekolah seluruh negara mencapai taraf sekolah lima bintang hujung tahun ini.Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, penarafan itu berdasarkan Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS) yang merupakan satu set piawaian bagi mengukur pencapaian sekolah dalam empat bidang iaitu penggunaan, modal insan, aplikasi dan infrastruktur.

"Pada tahun lalu 8,454 sekolah ditarafkan. Daripada bilangan ini, 7,575 sekolah berjaya ke tahap tiga hingga lima bintang," katanya.Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Pembentangan Laporan dan Majlis Penghargaan bagi Program Sekolah Bestari Luar Bandar di Hotel Marriot di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Baldisham Ghazali.

Menurut Alimuddin, 35 sekolah luar bandar akan ditambah ke dalam Program Sekolah Bestari Luar Bandar pada fasa kedua tahun ini.

Beliau berkata, penambahan itu juga secara tidak langsung mempercepat proses pembestarian sekolah luar bandar yang sebelum ini bermula dengan 15 sekolah pada tahun lalu.

Katanya, program tersebut diguna pakai untuk pelaksanaan 88 sekolah bestari penanda aras yang disesuaikan untuk pelaksanaan sekolah luar bandar.

"Sekolah tersebut dipilih daripada kategori menengah harian, sekolah kebangsaan, sekolah teknik vokasional, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah pendidikan khas, sekolah Felda dan sekolah Orang Asli atau Penan.

"Sekolah luar yang dipilih juga perlu mempunyai kemudahan asas bekalan elektrik 24 jam, mempunyai infrastruktur asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti asas makmal komputer, Pusat Akses Sekolah dan mendapat kemudahan Schoolnet," jelasnya.

Selain itu, beliau memberitahu, sekolah tersebut sekurang-kurangnya perlu mencapai tahap penarafan tahap tiga bintang berdasarkan SQSS.Ditanya mengenai pelbagai pelaksanaan label sekolah seperti Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), sekolah kluster, sekolah berasrama penuh (SBP), beliau berkata perkara tersebut tidak membawa banyak perbezaan.

"Apa yang membezakan hanya program yang dikhususkan kepada sekolah tersebut sahaja."Pada dasarnya hanya terdapat tiga jenis sekolah asal iaitu sekolah bantuan penuh kerajaan, sekolah bantuan modal dan sekolah swasta sahaja," katanya.

Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam

Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.
Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.
Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )
Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.
Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).
Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.
Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :
1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya. 

Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.

Firman Allah SWT : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' Surah al-Ghaafir: 39

13 February, 2010

Info Badas Semesra: Apa Khabar En Iman kita hari ini yer ??

Iman : Assalamualaikum.

Diri : Wa'alaikumussalam. Oh, En. Iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ke?

Iman : Apa pula saya cuti, bos. Saya kan diberikan cuti.

Diri : Oh, ya. Lupa. Itu la. Saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En. Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam kabut pulak. Lepas terdengar ustaz kt tv berceramah kt tv hari tu saya teringatkan kamu.

Iman : Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambil balik jawatan saya dari En. Nafsu?

Diri : Eh, tak boleh. Saya sayang nak pecat En. Nafsu. Walaupun saya terpaksa membayar gaji yang tinggi tapi dia berjaya menghiburkan saya.

Iman : Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.

Diri : Eh, jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu berdua.

Iman : Tapi bos, kami tak mungkin bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. En. Nafsu tu saya lihat anti sangat dengan saya.

Diri : Saya rasa serba salah la pulak.

Iman : Bos boleh pilih satu je. Bos perlu mujahadah untuk pecat En. Nafsu, bos.

Diri : Saya tahu. Jauh dalam hati saya, saya memang perlukan kamu En Iman. Iri hati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah tu. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga En Nafsu. Tak kiralah apa yang berlaku. En. Iman, Saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, Al-Quran dan apa-apa yang patut.

Iman : Alhamdulillah, nampaknya bos telah membuat keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ini, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah SWT) sebagai muttaqin.


Kitalah bos kepada diri sendiri. Kita yang menguruskan semua tentang diri, makan minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Tetapi yang lebih penting ialah, bagaimana kita mnguruskan iman kita. Buatlah keputusan yang terbaik dan tulislah agenda dan aktiviti yang boleh menyubukan iman. Jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai kembali dosa ke dalam diri.

12 February, 2010

SEMESRA HANTAR WAKIL CATUR PERINGKAT DAERAH

Pada hari rabu yang lepas sekolah menengah sains rembau telah menghantar 8 orang pelajar untuk mewakili Sekolah ke pertandingan catur peringkat daerah yang diadakan Sekolah Kebangsaan Chembong, rembau negeri sembilan. Penyertaan sulung ini merupakan titik permulaan kepada penyertaan yang lebih banyak dalam pertandingan kokurikulum yang diadakan. Walaupun belum dapat menyaingi pasukan lain, namum pasukan catur SEMESRA telah menunjukkan semangat yang tinggi dalam menyaingi pasukan sekolah lain. Syabas diucapkan kepada yang terlibat dan teruskan usaha untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang lagi

08 February, 2010

Program Mentor -Mentee selamat dilancarkan

Majlis pelancaran program mentor- mentee telah selamat dirasmikan pelancarannya kira-kira jam 8.00 pagi tadi oleh yang berbahagia Tuan Pengetua, Dato' Haji Azam bin Mad Atan, Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Rembau. Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunserling Sekolah Menengah Sains Rembau ini adalah bertujuan untuk membina dan merapatkan hubungan antara guru dengan Pelajar, Pelajar dengan pelajar dan guru dengan ibu bapa pelajar. selain menjadi salah satu dari sistem sokongan kepada kecemerlangan pelajar, program ini juga bertujuan untuk membantu pelajar mengenali diri serta potensi yang mereka miliki. Program ini turut memberikan pendedahan mengenai kerjaya kepada pelajar disamping menyuburkan budaya yang sihat bagi meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar.

Dari segi perlaksanaan, program ini dilaksanakan secara 2 peringkat sama ada secara formal atau tidak formal. seramai 429 orang pelajar dan 50 orang guru terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan program ini dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pelajar sekolah menengah sains rembau pada masa akan datang.

01 February, 2010

Perlantikan Pengawas Percubaan SEMESRA

Satu majlis perlantikan pengawas percubaan SEMESRA telah selamat dilaksanakan dengan jayanya pada pagi ini. Majlis yang julung kali diadakan ini adalah bertujuan memberikan penghormatan kepada bakal pemimpin pelajar selain memperkenalkan bakal pemimpin ini kepada warga SeMesra umumnya.

Menurut Guru Penyelaras Lembaga Pengawas Sekolah, Ustaz Mohmad Rozeli bin Yahya, pengawas yang dilantik sebagai pengawas percubaan ini adalah pelajar yang terpilih dan melepasi tapisan dan ujian yang telah diadakan pada minggu lepas.Seramai 27 orang pengawas telah dipilih bagi menggalas tugas dan tanggungjawab membantu pentadbir dan guru-guru serta kakitangan sekolah dalam melaksanakan segala urusan yang berkaitan dengan sekolah. Para pengawas juga diingatkan agar dapat memberikan komitmen yang terbaik dari segi akademik dan juga pembinaan sahsiah pelajar sekolah menengah sains rembau serta menjadi pendorong dan pemacu cita cita dan hasrat sekolah melakar sejarah menjadi salah sebuah sekolah yang terbaik di malaysia