31 January, 2010

Ujian Pemilihan Pengawas Percubaan Smesra 2010


Satu ujian bagi memilih calon pengawas percubaan bagi Sekolah Menengah Sains Rembau telah diadakan pada 28 Januari 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat, Blok Pentadbiran Sekolah Menengah Sains Rembau.Pemilihan ini dijalankan dengan tujuan untuk memilih calon yang terbaik bagi menggalas tanggungjawab berat membantu pihak sekolah dalam segala urusan termasuklah urusan pentadbiran. 
Antara aspek yang dititik beratkan semasa pemilihan ini ialah pengetahuan mengenai disiplin dan peraturan sekolah serta kemahiran berkomunikasi selain perkembangan sahsiah yang dimiliki oleh peserta. 


Semoga dengan wujudnya badan pengawas di Semesra ini akan dapat melancarkan dan melicinkan lagi gerak kerja para guru dan pentadbir di Sekolah Menengah Sains Rembau serta membentuk peribadi dan sahsiah pelajar selaras dengan visi dam misi Smesra iaitu menjana peribadi unggul melalui pelbagai bidang Ilmu ke arah pencapaian bertaraf dunia selain melahirkan warga yang memiliki pendidikan minda kelas pertama