28 February, 2016

Pertandingan Awal Kriket SBP Peringkat Kebangsaan 2016

Pada 18 hingga 21 Februari yang lalu, SEMESRA telah menyertai pertandingan Kriket SBP Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di SBPI Jempol, Negeri Sembilan.


Dalam kejohanan ini, SEMESRA telah menentang Intergrasi Jempol, Sains Tuanku Jaafar dan Sains Seremban sebelum layak ke peringkat akhir kategori bowl. Dalam perlawanan akhir kategori bowl. SEMESRA telah bertemu Sains Muzaffar Syah dan menang sekaligus menobatkan SEMESRA sebagai Johan Kategori Bowl.



Tahniah diucapkan kepada pasukan kriket sekolah dan juga guru-guru pembimbing atas kejayaan terbaik pasukan kriket sepanjang penglibatan sekolah dalam sukan ini. Semoga pasukan kriket sekolah akan terus berjaya meningkatkan pencapaian mereka dalam sukan kriket.

27 February, 2016

Program Ekspo Selangkah ke UITM 2016

Untuk perhatian pelajar-pelajar lepasan SPM,

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan akan menganjurkan Program Ekspo Selangkah ke UiTM pada ketetapan berikut:

Tarikh: 12 dan 13 Mac 2016 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9 pagi - 5 petang
Tempat: UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban 3

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan menyalurkan maaklumat terkini mengenai program-program yang ditawarkan di UiTM kepada pelajar-pelajar lepasan SPM agar dapat membuat pilihan yang tepat. Pelajar-pelajar juga berpeluang untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada staf dan pensyarah bagi pilihan kursus yang diminati.

Semua pelajar lepasan SPM SEMESRA diseru untuk mengambil peluang baik ini agar ia dapat pelajar membuat pilihan yang tepat dalam pemilihan kursus kelak.

Terima kasih atas perhatian semua.

Ceramah Bulanan Februari

Untuk makluman semua,

Malam ini akan diadakan ceramah bulanan bersama PU Fakhrul di Surau An-Nur, SEMESRA bermula pada pukul 8 malam.

Semua Muslimin dan Muslimat adalah dijemput hadir untuk bersama-sama dalam majlis ilmu ini.



Terima kasih atas perhatian semua.

26 February, 2016

Majlis Bacaan Ruqyah

Untuk makluman ibu bapa/penjaga dan pelajar-pelajar SEMESRA,

Berikutan dengan peristiwa yang berlaku baru-baru ini, pihak sekolah akan mengadakan sesi rawatan khas bagi memastikan  agar ia tidak akan berulang kembali.

Oleh itu diminta kerjasama ibu bapa dan penjaga yang tinggal di Negeri Sembilan untuk datang bersama-sama dalam majlis ini. Tuan/puan diminta untuk membawa anak jagaan masing-masing  untuk solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan Ruqyah. Majlis ini akan dikendalikan  di Surau SEMESRA oleh Ustaz Raihan.

Tuan/puan dibenarkan untuk membawa  pulang semula anak-anak (pelajar perempuan Tingkatan 1, 2 dan 4) selepas majlis tamat. Majlis dijangka tamat pada pukul 10 malam. 

Kerjasama tuan/puan dalam menghadiri majlis ini amatlah diharapkan demi keselamatan dan kesejahteraan bersama. 

Terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua.

25 February, 2016

Makluman HEM 1/2016

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga SEMESRA,

Para ibu bapa dan penjaga adalah dibenarkan untuk melawat anak jagaan masing-masing pada hari Ahad ini bersamaan 28 Februari 2016. Waktu lawatan adalah pada pukul 10 pagi sehingga 6 petang.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.