Berikutan dengan peristiwa yang berlaku baru-baru ini, pihak sekolah akan mengadakan sesi rawatan khas bagi memastikan agar ia tidak akan berulang kembali.
Oleh itu diminta kerjasama ibu bapa dan penjaga yang tinggal di Negeri Sembilan untuk datang bersama-sama dalam majlis ini. Tuan/puan diminta untuk membawa anak jagaan masing-masing untuk solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan Ruqyah. Majlis ini akan dikendalikan di Surau SEMESRA oleh Ustaz Raihan.
Tuan/puan dibenarkan untuk membawa pulang semula anak-anak (pelajar perempuan Tingkatan 1, 2 dan 4) selepas majlis tamat. Majlis dijangka tamat pada pukul 10 malam.
Kerjasama tuan/puan dalam menghadiri majlis ini amatlah diharapkan demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.
Terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua.