24 June, 2017

Ramadan di SEMESRA

Sepanjang 12 - 22 Jun, panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama BADAR telah menganjurkan pelbagai aktiviti dan pertandingan bagi menyemarakkan sambutan bulan Ramadan pada tahun ini. Pelancaran telah diadakan di Dewan Dato' Haji Azam pada 12 Jun yang lalu.


Aktiviti-aktiviti lazim seperti solat terawikh dan tadarus Al-Quran telah diadakan sepanjang 2 minggu pelajar-pelajar SEMESRA berada di sekolah. Pada tahun ini, gerai-gerai luar telah dibuka di hadapan surau untuk kemudahan pelajar-pelajar membeli makanan tambahan untuk berbuka puasa.

 
Pertandingan-pertandingan juga telah dianjurkan seperti   kuiz, pertandingan takbir raya dan menganyam ketupat.



Majlis Khatam Al-Quran serta Majlis Iftar Jamaie telah diadakan pada 21 Jun bersama pegawai SBP, Encik Anuar Adnan serta YDP PIBG Datuk Azhar bin Mohamed.


Pada hari Jumaat, Majlis Penutupan Ihya' Ramadan telah diadakan dan saham akhirat bagi pelajar-pelajar yang layak juga telah disampaikan dalam majlis ini.

 

Terima kasih kepada semua yang telah sama-sama menjayakan Ihya' Ramadan pada tahun ini. Semoga kita dapat bertemu dengan Ramadan pada tahun hadapan.

0 comments: